MENGGAMBAR

BIDANG MENGGAMBAR


DEFINISI MENGGAMBAR

•Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
•Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
•Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
•Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
•Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
•Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

ALAT , MEDIA DAN TEKNIK

Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

TUJUAN MENGGAMBAR
• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.


(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman
• Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
• Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
• Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi
(b) Aras Aplikasi dan Analisa

• Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan
• Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
• Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif
(c) Aras Sintesis dan Penilaian

• Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
• Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
• Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan
• Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif

KEGIATAN DALAM BIDANG MENGGAMBAR



LUKISAN

PENGENALAN LUKISAN
1.       Lukisan dalam bahasa inggeris di sebut drawing ia adalah peringkat awal untuk menghasilkan catan.Melukis    dikatakan memberi kesan keindividuan dan memberi kesan keaslian pada karya. Lukisan juga dijadikan medium untuk meluahkan pendapat dan perasaan.

DEFINISI LUKISAN
·         Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta menggunakan campuran warna yang terhad.

TEKNIK-TEKNIK LUKISAN
·         Teknik pointilisme – Membuat titik-titik ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej. Ketebalan tititk dapat menghasilkan ton.


·         Teknik gosokan – Menggosok media dia atas permukaan bagi menghasilkan ton dan membentuk imej.


·         Teknik hatching- Melorek-lorek media ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej dan ton.

·         Teknik cross hatching- Melorek secara bersilang bagi menghasilkan ton.

MEDIA LUKISAN  DAN CIRI-CIRINYA

PENSEL
-Mempunyai kepekatan yang berbeza kandungan kuantitit campuran arang yang dicampur ke dalamnya.
-Semakin tinggi nilai nombor semakin gelap kepekatan dakwat pensil.
-Pensil yang keras ditandakan dengan nilai ‘H’ dan pensel yang lembut ditandakan dengan nilai ‘ B’.
PENSEL WARNA
-Mempunyai pelbagai warna pilihan.
-Boleh digosok untuk mencampurkan warna.
-Jika pensil warna ditekan semasa mewarna , warna yang terang dan legap akan terhasil
PEN
-Terdapat beberapa jenis pen seperti pen celup (mapping pen), pen manuskrip, pen mata bola dan pen teknikal.
-Memberi kesan tajam dan kemas.
-Ketebalan saiz mata menentukan ketebalan saiz garisan semasa melukis.
CHArCOAL
-Bahan yang lazim digunakan oleh pelukis-pelukis agung semasa abad ke-18.
-Memberi kesan hitam dan legap.
-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor.
-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.
SOFT PASTEL
-Mempunyai pelbagai warna.
-Kesan yang lebut jika ia digunakan sedikit dan member kesan yang terang jika banyak digunakan.
-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor.
-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

OIL PASTEL
-Mempunyai pelbagai warna.
-Kesan yang tebal.
- Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar
Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.





CONTOH LUKISAN MEDIA :OIL PASTEL

CONTOH LUKISAN MEDIA :PENSEL WARNA


CONTOH LUKISAN MEDIA :PENSEL

CONTOH LUKISAN MEDIA : PEN









CATAN

DEFINISI CATAN
-Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di atas permukaan.
- Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat akrilik, cat gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus.

SEJARAH CATAN
o   Seni catan bermula pada zaman Yunani purba lagi. Pada masa itu media yang digunakan ialah fresco dan mozek. Ia dapat dilihat di dinding-dinding bengunan  terutamanya gereja. Subjek matter pada ketika itu ialah sesuatu yang berkaitan dengan istiadat dan agama. Contoh-contoh pelukis terkenal pada masa itu ialah polygnotos, Zeuxis, Apelles.
o   Zaman kemuncak lukisan seni di Eropah adalah pada zaman Renaisance atau zaman pembaharuan pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Pada masa itu media yang digunakan ialah fresco, cat tempera, cat minyak, cat air. Subjek matter yang digunakan ialah kitab suci agama kristian, potret dan peperangan. Gaya catan pada ketika itu bersifat realistik. Pelukis pada ketika itu ialah Leonardo da Vinci dan Albrecht Durer.
o   Pada abad ke17 dan 18, munculnya stail kesenian Barok (Baroque) dan Rococo yang mengutamakan sifat indah dan riang. Media yang digunakan ialah fresko dan cat minyak. Subjek matter yang digunakan ialah alam benda, pemandangan dan potret. Gaya catan bersifat realistik dan dekoratif.. Contoh-contohnya pelukis ialah Hermenz van Rijin Rembrant (Belanda 1606-1669), Jean Antoine Watteau (Perancis 1684-1721)
o     Pada abad ke-19 dan 20, muncul aliran catan baru gaya semi abstrak dan abstrak. Media yang digunakan ialah cat enamel, cat aluminium dan cat campuran. Subjek matter yang digunakan ialah alam benda, pemandangan atau landskap, kegiatan manusia, objek yang tidak ada kaitan di dalam satu situasi yang tidak dijangka.


 BAHAN
BAHAN
CIRI-CIRI
Cat air
-          Bersifat lutisnar, lembut, boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiup. Cat cair akan tebal jika disapu berlapis-lapis di atas permukaan kertas.
-          Bahantara ialah air
-          Pengilat Gam arab
Cat minyak
-          Teknik yang serbaguna, lambat kering. Boleh bersifat nipis , tebal dan legap. Sesuai digunakan dia atas permukaan kanvas.
-          Bahantara ialah turpentine.
-          Pengilat minyak linsid
Cat tempera
-          Agak lutsinar tetapi tidak seperti cat air. Satu teknik yang tertua. Sesuai di atas permukaan kertas dan kanvas.
-          Bahntara ialah telur kuning.
-          Pengilat ialah air.
Cat Gouce
-          Sama seperti cat air, tetapi bersifat legap. Sesuai atas permukaan kertas.
-          Bahantara air dan pengilat gam arab.
Akrilik
-          Boleh menggunakan pelbagai teknik. Bersifat seperti cat air dan cat minyak boleh dibuat tebal, nipis dan legap.
-          Cepat kering. Sesuai atas permukaan kertas dan kanvas.
-          Bahantara ialah air.
Fresko
-          Bancuhan pewarna dan air disapukan ke dinding ketika kapur plaster masih lembab.
-          Bahantara kapur. Pengilat air atau air kapur.


TEKNIK- TEKNIK CATAN CAT AIR





      TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT MINYAK















ALIRAN-ALIRAN DAN PERKEMBANGAN SENI BARAT


ZAMAN
ALIRAN GERAKAN
PELUKIS
Zaman pertengahan
-          Seni kristian
-          Seni romantik
-          Seni medievel

-Coppo, Cimabur, Duccio, Gioro
Zaman Baroque dan Rococo
-          Romantik
-          Klasik
-          Naturalisme
-Leonardo da Vinci , Raphael, Michelangelo, Bellini, Titian, Durer.
Abad ke-18
-          Baroque
-          Dutch painting
-Berlini, Rembranth, Rubens, Tiepolo.
Abad ke-19
-          Romantisme
-         
-          Neo klasik
-Goya, Gainsbrogh, Delacroix, David.
-Rosetti
Abad ke-20
-          Realism (1950)
-         
-          Naturalisme
-          Impressionis (1970)

-          Post impressionis (1980)
-          Seni Nouveau (1890)
-Caurbet, Millet, Manet, Dumier.
-Mallais, Ruskin
-Manet, Monet, Renoir, Degas.
-Gauguin, Van Gough, Seurat, Cezanne.

-          Kubisme (1960)
-          Ekspresionisme (1905)

-          Fauvisme (1905)

-          Futrisme (1909)

-          Dadaisme (1916)
-          Surelisme  (1924)
-          Abstrak Ekspresionisme
-Picasso, Braue, Dochamp
-Nolde, Kokoshe, Scheele, Marc,  kandisky, Kirchner
-Matisse, Drain, Vlamick dan lain-lain.
-Bocciono, Balla, Rusollo, Carra

-Salvador Dali, Miro
-Jackson Pollock, Francis De Kooning.
War art.
-          Enviroment art (1950)

-          Happenings
-          Seni pop (1960)

-          Seni op  (1960)
-          Seni minimal (1960)
-          Seni konsepsual (1960-1970)
-          Seni land.
-Raunchenberg, Smith, Chamberlain
-Kaprow
-Hamilton, Linchestein, Warhol
-Bridget Riley.
-Louis Newman, Carl Andrew
-Hackee
-Smithson, Beuys


CIRI-CIRI KARYA MENGIKUT ALIRAN


SENI KRISTIAN
·         Menjadikan seni sebagai pengabdian agama kristian
·         Gaya Roman. Kebanyakan berbentuk arca dinding

Karya : Degli Sposi
Media : Fresko
Artis : Pal Andrea















SENI MEDIAVAL
·         Gaya gothik
·         Gaya realistik
·         Kesan bentuk dalam calitan cat. Pembaharuan dari aliran sebelumnya.
                                                                                                                                                                                                       Karya : Effect Of Good GovermenArtis : Ambrogia LorenzettiMedia : Fresko


SENI ROMANTIK
·    Mesej kedamaian, keharmonian, kecintaan,
·    Tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura manusia. Penggunaan garisan luar yang terang.
                                                                                                                                  
Karya : Biografi
Artis : Niccolo Paganini

ZAMAN RENAISSANCE 
·    Zaman kelahiran semula, cahaya kegemilangan.
·    Figura sebagai pemusatan tumpuan karya
·    Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
·    Wujudnya falsafah baru.
·    Menggunakan perspektif, ruang, dan unsur-unsur seni. Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan dan istana.

 Karya : Potrait of Men
 Artis: Jan Van Eyck
 Media : Cat minyak dan kanvas
Tajuk : Vega 2
 Artis : Victor vaselary





 










IMPRESSIONISME
·     Menumpukan kepada kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
·     Warna tidak dicampur dengan warna hitan dan putih , terus dicalitkan atas kanvas.
·     Warna bertindih-tindih
·     Tidak melukis secara detail
·     Mementingkan keserasian warna, cahaya serta watak-watak alam.
·     Mengutamakan suasana yang dilihat misalnya pagi, petang, malam.
·    Aliran ini condong kepada aliran naturalism.  Palitan warna spontan tentang apa yang dilukis.




 Karya : Twelwe sunflower
 Artis : Vincent Van Gogh
 Media : Cat minyak dan kanvas



















POST-IMPRESSIONISME
·    Mencipta bentuk bukan meniru.
·    Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus dapat member ruang penyataan diri.


      Karya : Potrait Of Felix
      Artis : Paul Signac















KUBISME
·    Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
·    Menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan.
·    Cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang dua dimensi.
·    Pengguna bentuk-bentuk dan satah geometri seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
·    Warna yang bertenaga.



Karya : The Three Musician
Artis : Pablo Picasso
 Media : Cast minyak dan kanvas
















EKSPRESSIONISME
·    Menolak tradisi catan klasik
·    Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
·    Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam
·    Penggunaan warna yang terang bagi menyampaikan mesej.
·    Penggunaan warna yang dramatik.
·    Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.



     Karya : Convergence
     Artis : Jackson Pollock














BAROQUE DAN ROCOCO
·    Zaman ini dikenali sebagai zaman Renaissance yang tinggi.
·    Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya.


    Karya : The Adoration
    Artis : Peter Paul Ruben
 

















FUTURERISME
·         Mengemukakan aliran seni yang berasaskan teknologi dinamik. Pergerakan yang dinamik.


    Karya : Cyclist
    Artis : Natalia Goncharova












SURREALISM
·    Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
·     Imej bawah sedar dan alam khayalan.
·     Menyeramkan, sunyi dan tidak logik
·     Warna-warna gelap digunakan bagi menimbulkan kesan misteri.
·     Objek yang diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.



KARYA : The Persistance Of Memory
 Artis : Salvado Dali
 Media : Cat minyak dan kanvas











DADAISME
·     Kumpulan perantaraan antara aliran futurerisme dengan surealisme.
·     Konsep bebas tanpa konkongan.
·     Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata.
·     Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan.
·     Berpegang kepada konsep kemusnahan juga merupakan penciptaan.


Karya : Man And Chest
Artis : Marcel Duchamp


















SENI POP
·    Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London.
·    Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan popularity.
·    Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
·    Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan ‘New Realist’.
·    Ciri-ciri yang penting dalam karya pop ialah warna yang terang pada permukaan dan berbidang besar. Konsep New realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.  





Tajuk : Girl with hari ribbon
 Artis  : Roy Linctenstein

















SENI OP
·    Diambil dari perkataan optic yang bermakna seni yang mempengaruhi ilusi penglihatan.
·    Dipengaruhi oleh hasil kajian visual yang dijalankan oleh psikologi dan saintis
·    Menitikberatkan pengaruh cahaya dan penggunaan warna dalam member kesan ilusi kepada karya.

 















video menghasilkan catan




KOLAJ

DEFINISI

  • Kolaj berasal dari perkataan perancis yang iaitu 'coller' yang bermaksud menampal dan gam. Akitiviti kolaj ialah aktiviti menampal kertas atau kain perca di atas permukaan 2 dimensi.
  • Aktiviti kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah kegiatan menampal kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu permukaan.
  • Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun secara bertindan tindih dan mengikut corak yang ingin dihasilkan.

ALAT DAN BAHAN

ALAT : Pembaris, pensil, gunting, pisau.
BAHAN : Kertas, perca kain, tali, kadbod, gam dan sebagainya.

TEKNIK-TEKNIK KOLAJ
  • Koyakan atau potongan kertas- Kertas dikoyak, disusun dan ditampal.
  • Asemblaj - bahan sedia ada disusun menjadi kolaj timbulan.
  • Jahitan - Kolaj dibuat secara sulaman atau dengan bahan lain secara sulaman.
  • Papier Colle-Kolaj timbulan yang ditampal lapis demi lapis.
  • Kolaj Fabrik- Ditampal menggunakan jenis-jenis fabrik.
  • Fotomontaj- Daripada foto yang diperolehi dan ditampal.
  • Media campuran- pelbagai jenis bahan yang disusun dan ditampal.



TOKOH DAN KARYA


Tokoh : Pablo picasso
Tajuk : Bottle, glass, violin
Teknik : kolaj
Media : Kertas warna, kertas akhbar, arang dan pensil



Tokoh : Goerges Braque
Tajuk : Musical Farm
Teknik : Kolaj
Media : Kertas warna, arang dan pensil



CONTOH-CONTOH KARYA KOLAJ






MONTAJ

PENGENALAN
Montaj menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan untuk menghasilkan satu tajuk atau temaDalam kerja-kerja seni montajbeberapa gambar foto dicantumkan untuk menjadi satu ilutrasiHasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti foto-foto yang disusun supaya bercantumbertindih dan diubahsuai untuk menghasilkan suatu imej.
DEFINISI
  •      Aktiviti menampal dan melekatkan bahan pada permukaan untuk menyampaikan tema dan mesej pengajarankecintaankecuaianpeperangan dan alam sekitar.
  •      Komposisi gambar disusun mengikut teknik superimpose dengan menyusun pelbagai susunan gambar secara kreatif.
  •      Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.
  •      Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan.
  •      Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.
ALAT DAN BAHAN UNTUK MEMBUAT MONTAJ



CONTOH-CONTOH GAMBAR MONTAJ








CETAKAN

PENGENALAN CETAKAN
  • Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan.
  • Setiap kepingan karya bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara tekniknya dikenali sebagai teraan. Ini berbeza dengan lukisan yang mencipta satu karya seni asli yang unik. Teraan dihasilkan dari satu permukaan asli tunggal, secara tekniknya disebut sebagai matrik.
  • Matriks yang umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga atau zink untuk turisan atau goresan batu untuk litografi blok kayu untuk toreh kayu, linoleum untuk torehan lino dan plat fabrik untuk percetakan.
  • Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan diterangkan di bawah. Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu edisi, dan di zaman mdoden ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk membentuk suatu edisi terhad. Teraan juga boleh diterbitkan dalam bentuk buku, sebagai buku artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau beberapa teknik.

JENIS-JENIS CETAKAN

(a) Cetakan Timbulan (Relief)
• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.
• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
• Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj
(b) Cetakan Stensil atau Skrin
• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu.
• Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
• Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto
(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan
lukisan pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(d) Cetakan Benaman (Intaglio)
• Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
• Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)
(e) Cetakan Gurisan Asid
• Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
• Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka.
• Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid.
• Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
• Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.
(f) Cetakan Kayu
• Kaedah yang paling awal digunakan.
• Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
• Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.
• Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
• Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
• Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
• Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin.
• Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini.
(g) Cetakan Lino
• Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.
• Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.
(h) Cetakan Lithografi
• Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
• Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(i) Cetakan Sutera Saring
• Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
• Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.
• Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.
• Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas.
• Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem leker
(c) Kaedah Lilin
(d) Kaedah Sutera Saring
(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:
(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa.

cetakan lino

cetakan lino

cetakan lino

cetakan ubi kentang




Cetakan lino


RESIS


PENGENALAN
  • Aktiviti menyapukan warna basah ke atas pemukaan kertas yang  telah dilukis dengan lilin, krayon atau oil pastel.
  • Lilin digunakan untuk menutup permukaan kertas atau kain bagi tujuan mendapatkan corak warna.
  • Hasil penolakan warna air dan lilin akan menghasilkan corak yang menarik.
  • Resis boleh dihasilkan melalui tindihan lilin dan menyapu warna dari terang ke warna gelap.

DEFINISI

Resis ialah teknik menggambar yang menggunakan bahan air dan lilin dua bahan yang berbeza untuk mendapatkan hasil penolakan warna. Resis menyebabkan bahagian yang diliputi lilin tidak menyerap air dan dalam keadaan asal.


CONTOH GAMBAR RESIS











video membuat resis




GOSOKAN


PENGENALAN
  • Gosokan adalah teknik yang mudah dalam pendidikan seni visual kerana ianya menggunakan jalinan yang terdapat di sekeliling.
  • Pelbagai jalinan di sekeliling mampu mewujudkan kesan corak yang menarik pada permuakaan yang digosok.

DEFINISI
Gosokan ialah kesan jalinan yang terhasil pada kertas hasil daripada pelbagai kertas yang diwarna di atas pelbagai permukaan.


ALAT DAN BAHAN

Bahan - kertas dan warna pensil
Alat- Kulit siput, duit syiling, tayar kereta, dinding dan pelbagai permukaan yang berjalinan.


CONTOH-CONTOH KARYA GOSOKAN

pelbagai permukaan jalinan


contoh gosokan yang menggunakan duit syiling





video teknik gosokan


STENSILAN

PENGENALAN
  • Stensilan merupakan teknik yang menggunakan acuan sebagai bahan untuk menghasilkan corak pada sesuatu permukaan.
  • Kelebihan stensilan ialah acuan yang digunakan boleh dipakai banyak kali bagi menghasilkan imej dan corak.

DEFINISI
Stensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.



Rupa yang terhasil daripada acuan stensilan menghasilkan imej yang menarik.



ALAT DAN BAHAN

Alat : Gunting , pisau.
Bahan : Pensil warna, warna air, krayon, oil pastel, warna poster.

CONTOH-CONTOH KARYA STENSILAN




PERCIKAN

PENGENALAN

Satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan  speckled granite. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata.
Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan.

DEFINISI

Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.
Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.

ALAT DAN MEDIA

ALAT     :  Berus.
MEDIA   : Warna air, warna poster, cat emulsi.


CONTOH GAMBAR KARYA PERCIKAN






GURISAN

DEFINISI

  • Teknik yang menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut pada sesuatu permukaan.
  • Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas.
  • Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau lidi boleh digunakan untuk mengguris pada krayon yang tebal bagi menghasilkan gambar.
  • Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi belbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
ALAT DAN BAHAN

Alat : Pembaris, pensil , pen , gunting dan lidi (alat untuk mengguris).
Bahan : Krayon dan oil pasttel.

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN GURISAN


1.Warnakan kertas lukisan dengan warna krayonAnda boleh mewarnakannya secara spontanTidak semestinya krayon itu diwarnakan berbaris seperti gambar diatasApa yang penting adalah kertas lukisan itu dipenuhi dengan pelbagai warna krayon


2. Apabila kertas lukisan sudah dipenuhi dengan pelbagai warnaanda perlu mewarnakan kertas tersebut dengan warna hitam hingga kertas tersebut menjadi hitam.
3Akhir sekali anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan objek tajam seperti batang lidihujung pembaris dan apa sahaja yang difikirkan sesuai.


CONTOH-CONTOH KARYA GURISAN









CAPAN

PENGENALAN
Penggunaan alam semula jadi untuk membentuk imej dihasilkan melalui teknik capan. Teknik mengecap sesuatu permukaan menggunakan bahan semula jadi adalah mudah kerana ia tidak memerlukan blok cetakan.


DEFINISI
Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.
Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.
Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

CONTOH BAHAN SEMULA JADI YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT TEKNIK CAPAN.






CONTOH-CONTOH CAPAN









video membuat capan


MOZEK


SEJARAH MOZEK
  • Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.
  • Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek.
  • Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.
  • Orang Roman pula menghias batumarmarseramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantaiManakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozekKini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan  bangunan dan aktiviti seni di sekolah.


DEFINISI MOZEK


  • Glosari Seni Lukismozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kacakayumarmar atau pecahan tembikar.
  • Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kacamarmar dan seramik (tessera), di susun di atas dindinglantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan dan kilauan.
  • Satu imej yang berasingan dan tidak bertindihdisusun secara bersebelahan.
  • Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara Âdirect methodeÂindirect methode dan Âdouble direct methode.
  • Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatanbahan dan media.
  • Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja.
  • Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
  • Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.


CONTOH-CONTOH KARYA MOZEK











POSTER

DEFINISI

Poster ialah reka bentuk grafik yang bertujuan untuk memberi maklumat, berkomunikasi, memberi peringatan dan promosi barangan.

CIRI-CIRI POSTER

  • Berupaya menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui maklumat  lanjut.
  • Berupaya menyampaikan mesej dengan cepat dan berkesan.
  • Huruf, muka taip dan ilustrasi berkaitan dengan maklumat utama yang ingin disampaikan, dinyatakan dalam bentuk ringkas dan jelas.

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM POSTER
  • Tajuk utama.
  • Penerangan yang ringkas atau cogan kata.
  • Ilustri gambar.

CONTOH KARYA POSTER






video membuat poster