Sunday 29 January 2012

CATAN


DEFINISI CATAN
-Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di atas permukaan.
- Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat akrilik, cat gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus.


SEJARAH CATAN
o   Seni catan bermula pada zaman Yunani purba lagi. Pada masa itu media yang digunakan ialah fresco dan mozek. Ia dapat dilihat di dinding-dinding bengunan  terutamanya gereja. Subjek matter pada ketika itu ialah sesuatu yang berkaitan dengan istiadat dan agama. Contoh-contoh pelukis terkenal pada masa itu ialah polygnotos, Zeuxis, Apelles.
o   Zaman kemuncak lukisan seni di Eropah adalah pada zaman Renaisance atau zaman pembaharuan pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Pada masa itu media yang digunakan ialah fresco, cat tempera, cat minyak, cat air. Subjek matter yang digunakan ialah kitab suci agama kristian, potret dan peperangan. Gaya catan pada ketika itu bersifat realistik. Pelukis pada ketika itu ialah Leonardo da Vinci dan Albrecht Durer.
o   Pada abad ke17 dan 18, munculnya stail kesenian Barok (Baroque) dan Rococo yang mengutamakan sifat indah dan riang. Media yang digunakan ialah fresko dan cat minyak. Subjek matter yang digunakan ialah alam benda, pemandangan dan potret. Gaya catan bersifat realistik dan dekoratif.. Contoh-contohnya pelukis ialah Hermenz van Rijin Rembrant (Belanda 1606-1669), Jean Antoine Watteau (Perancis 1684-1721)
o     Pada abad ke-19 dan 20, muncul aliran catan baru gaya semi abstrak dan abstrak. Media yang digunakan ialah cat enamel, cat aluminium dan cat campuran. Subjek matter yang digunakan ialah alam benda, pemandangan atau landskap, kegiatan manusia, objek yang tidak ada kaitan di dalam satu situasi yang tidak dijangka.



 BAHAN
BAHAN
CIRI-CIRI
Cat air
-          Bersifat lutisnar, lembut, boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiup. Cat cair akan tebal jika disapu berlapis-lapis di atas permukaan kertas.
-          Bahantara ialah air
-          Pengilat Gam arab
Cat minyak
-          Teknik yang serbaguna, lambat kering. Boleh bersifat nipis , tebal dan legap. Sesuai digunakan dia atas permukaan kanvas.
-          Bahantara ialah turpentine.
-          Pengilat minyak linsid
Cat tempera
-          Agak lutsinar tetapi tidak seperti cat air. Satu teknik yang tertua. Sesuai di atas permukaan kertas dan kanvas.
-          Bahntara ialah telur kuning.
-          Pengilat ialah air.
Cat Gouce
-          Sama seperti cat air, tetapi bersifat legap. Sesuai atas permukaan kertas.
-          Bahantara air dan pengilat gam arab.
Akrilik
-          Boleh menggunakan pelbagai teknik. Bersifat seperti cat air dan cat minyak boleh dibuat tebal, nipis dan legap.
-          Cepat kering. Sesuai atas permukaan kertas dan kanvas.
-          Bahantara ialah air.
Fresko
-          Bancuhan pewarna dan air disapukan ke dinding ketika kapur plaster masih lembab.
-          Bahantara kapur. Pengilat air atau air kapur.



TEKNIK- TEKNIK CATAN CAT AIR





      TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT MINYAK















ALIRAN-ALIRAN DAN PERKEMBANGAN SENI BARAT



ZAMAN
ALIRAN GERAKAN
PELUKIS
Zaman pertengahan
-          Seni kristian
-          Seni romantik
-          Seni medievel

-Coppo, Cimabur, Duccio, Gioro
Zaman Baroque dan Rococo
-          Romantik
-          Klasik
-          Naturalisme
-Leonardo da Vinci , Raphael, Michelangelo, Bellini, Titian, Durer.
Abad ke-18
-          Baroque
-          Dutch painting
-Berlini, Rembranth, Rubens, Tiepolo.
Abad ke-19
-          Romantisme
-         
-          Neo klasik
-Goya, Gainsbrogh, Delacroix, David.
-Rosetti
Abad ke-20
-          Realism (1950)
-         
-          Naturalisme
-          Impressionis (1970)

-          Post impressionis (1980)
-          Seni Nouveau (1890)
-Caurbet, Millet, Manet, Dumier.
-Mallais, Ruskin
-Manet, Monet, Renoir, Degas.
-Gauguin, Van Gough, Seurat, Cezanne.

-          Kubisme (1960)
-          Ekspresionisme (1905)

-          Fauvisme (1905)

-          Futrisme (1909)

-          Dadaisme (1916)
-          Surelisme  (1924)
-          Abstrak Ekspresionisme
-Picasso, Braue, Dochamp
-Nolde, Kokoshe, Scheele, Marc,  kandisky, Kirchner
-Matisse, Drain, Vlamick dan lain-lain.
-Bocciono, Balla, Rusollo, Carra

-Salvador Dali, Miro
-Jackson Pollock, Francis De Kooning.
War art.
-          Enviroment art (1950)

-          Happenings
-          Seni pop (1960)

-          Seni op  (1960)
-          Seni minimal (1960)
-          Seni konsepsual (1960-1970)
-          Seni land.
-Raunchenberg, Smith, Chamberlain
-Kaprow
-Hamilton, Linchestein, Warhol
-Bridget Riley.
-Louis Newman, Carl Andrew
-Hackee
-Smithson, Beuys




CIRI-CIRI KARYA MENGIKUT ALIRAN


 
SENI KRISTIAN
·         Menjadikan seni sebagai pengabdian agama kristian
·         Gaya Roman. Kebanyakan berbentuk arca dinding


Karya : Degli Sposi
Media : Fresko
Artis : Pal Andrea






























SENI MEDIAVAL
·         Gaya gothik
·         Gaya realistik
·         Kesan bentuk dalam calitan cat. Pembaharuan dari aliran sebelumnya.
                                                                                                                                                                                                       Karya : Effect Of Good GovermenArtis : Ambrogia LorenzettiMedia : Fresko


SENI ROMANTIK
·    Mesej kedamaian, keharmonian, kecintaan,
·    Tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura manusia. Penggunaan garisan luar yang terang.
                                                                                                                                  
Karya : Biografi
Artis : Niccolo Paganini

ZAMAN RENAISSANCE 
·    Zaman kelahiran semula, cahaya kegemilangan.
·    Figura sebagai pemusatan tumpuan karya
·    Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
·    Wujudnya falsafah baru.
·    Menggunakan perspektif, ruang, dan unsur-unsur seni. Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan dan istana.

 Karya : Potrait of Men
 Artis: Jan Van Eyck
 Media : Cat minyak dan kanvas
Tajuk : Vega 2
 Artis : Victor vaselary










 















IMPRESSIONISME
·     Menumpukan kepada kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
·     Warna tidak dicampur dengan warna hitan dan putih , terus dicalitkan atas kanvas.
·     Warna bertindih-tindih
·     Tidak melukis secara detail
·     Mementingkan keserasian warna, cahaya serta watak-watak alam.
·     Mengutamakan suasana yang dilihat misalnya pagi, petang, malam.
·    Aliran ini condong kepada aliran naturalism.  Palitan warna spontan tentang apa yang dilukis.





 Karya : Twelwe sunflower
 Artis : Vincent Van Gogh
 Media : Cat minyak dan kanvas
 


















POST-IMPRESSIONISME
·    Mencipta bentuk bukan meniru.
·    Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus dapat member ruang penyataan diri.


      Karya : Potrait Of Felix
      Artis : Paul Signac















KUBISME
·    Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
·    Menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan.
·    Cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang dua dimensi.
·    Pengguna bentuk-bentuk dan satah geometri seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
·    Warna yang bertenaga.



Karya : The Three Musician
Artis : Pablo Picasso
 Media : Cast minyak dan kanvas
















EKSPRESSIONISME
·    Menolak tradisi catan klasik
·    Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
·    Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam
·    Penggunaan warna yang terang bagi menyampaikan mesej.
·    Penggunaan warna yang dramatik.
·    Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.




     Karya : Convergence
     Artis : Jackson Pollock
















BAROQUE DAN ROCOCO
·    Zaman ini dikenali sebagai zaman Renaissance yang tinggi.
·    Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya.



    Karya : The Adoration
    Artis : Peter Paul Ruben
 


















FUTURERISME
·         Mengemukakan aliran seni yang berasaskan teknologi dinamik. Pergerakan yang dinamik.


    Karya : Cyclist
    Artis : Natalia Goncharova












SURREALISM
·    Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
·     Imej bawah sedar dan alam khayalan.
·     Menyeramkan, sunyi dan tidak logik
·     Warna-warna gelap digunakan bagi menimbulkan kesan misteri.
·     Objek yang diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.



KARYA : The Persistance Of Memory
 Artis : Salvado Dali
 Media : Cat minyak dan kanvas











DADAISME
·     Kumpulan perantaraan antara aliran futurerisme dengan surealisme.
·     Konsep bebas tanpa konkongan.
·     Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata.
·     Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan.
·     Berpegang kepada konsep kemusnahan juga merupakan penciptaan.


Karya : Man And Chest
Artis : Marcel Duchamp


















SENI POP
·    Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London.
·    Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan popularity.
·    Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
·    Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan ‘New Realist’.
·    Ciri-ciri yang penting dalam karya pop ialah warna yang terang pada permukaan dan berbidang besar. Konsep New realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.  







Tajuk : Girl with hari ribbon
 Artis  : Roy Linctenstein

















SENI OP
·    Diambil dari perkataan optic yang bermakna seni yang mempengaruhi ilusi penglihatan.
·    Dipengaruhi oleh hasil kajian visual yang dijalankan oleh psikologi dan saintis
·    Menitikberatkan pengaruh cahaya dan penggunaan warna dalam member kesan ilusi kepada karya.

 

No comments:

Post a Comment