MENGENAL KRAF TRADISIONAL

PENGENALAN

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.








ALAT DOMESTIK


PENGENALAN

  • Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Pada masa kini alat domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian.
DEFINISI ALAT DOMESTIK
  • Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian.

CONTOH-CONTOH BARANGAN DOMESTIK
  • Batu giling
  • Batu kisar
  • Tudung saji
  • Tudung rotan
  • Tudung saji mengkuang
  • Kukuran duduk dan kukuran silang
  • Dulang paha tembaga air mawar
  • Cerek tembaga

CONTOH-CONTOH GAMBAR BARANGAN DOMESTIK


TUDUNG SAJI

BATU PENGISAR

KUKUR DUDUK

KUKUR BERSILANG

LESUNG BATU

CEREK TEMBAGA





ALAT PERMAINAN



PENGENALAN
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.
Di antara permainan itu termasuklah:
  • Congkak
  • Wau
  • Batu seremban
  • Sepak raga
  • Gasing
CONGKAK
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

LATAR BELAKANG CONGKAK

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000SM hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.



CONTOH GAMBAR CONGKAK





WAU
  • Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
CARA PERMAINAN WAU
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.


JENIS-JENIS WAU
  • Wau bulan
  • Wau jala budi
  • Wau kucing
  • Wau kenyalang
  • Wau barat
  • Wau daun
  • Wau burung





BAHAGIAN BADAN WAU







PROSES PENGHASILAN WAU

1. Memilih buluh
2. 
Meraut buluh
3. 
Membuat rangka
4. 
Menampal rangka
5. 
Membuat corak
6. 
Menampal corak
7. 
Memasang teraju

BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.
Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.
Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.
Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.
Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.
Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.
Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.







SEPAK RAGA

Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.
Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam.








GASING


Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu berbaru,kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

CARA BERMAIN GASING

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

Melilit tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

Melilit gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Memusing gasing

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

 Memangkah gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

Pangkah totok

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di paras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

 Pangkah hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

 Pangkah layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkah tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Mengangkat gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.








Video permainan gasing





ALAT PERTAHANAN DIRI

Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu.


CONTOH-CONTOH ALAT PERTAHANAN DIRI

-Keris
-Lembing
-Perisai
-Golok



CONTOH-CONTOH GAMBAR ALAT PERTAHANAN DIRI


CONTOH BAHAGIAN-BAHAGIAN KERIS







VIDEO TENTANG KERIS


ALAT PERHIASAN DIRI

Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Masyarakat melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan masyarakat melayu hingga kini. Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.


JENIS-JENIS ALAT PERHIASAN DIRI
  • Dokoh - ialah perhisan yang dipakai di leher mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Ianya sering dipadankan dengan pemakaian baju kebaya.
  • Pending- ialah perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang. Lazimnya diperbuat daripada logam (emas dan tembaga).
  • Cucuk sanggul - Cucuk sanggul ialah hiasan yang dipakai untuk menghiasi sanggul supaya tampak lebih menarik.
  • Anting-anting- Anting-anting ialah hiasan yang dipakai ditelinga. Ianya dipakai oleh kaum wanita.


cucuk sanggul

dokoh

anting-anting

pending



BATIK


SEJARAH BATIK

  • Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.
  • Pada masa dahulumasyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.
  • Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi
  •  Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik.
  • Ambatik pula bermaksud melukismenulismewarna atau menitik.
  • Di alam Melayusejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi.
  • Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

JENIS-JENIS BATIK

 BATIK LUKIS


Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.
Setelah kerja-kerja melakar selesaiproses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan.
Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.



BATIK SKRIN
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan contengHanya
kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbezaCorak batik dibentuk di
atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidangSkrin dilekapkan di atas kain
putihproses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji.
Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik
yang lengkapIni disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

BATIK PELANGI


Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.
Setelah kerja-kerja melakar selesaiproses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan
kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan.
Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.


BATIK BLOK

  • Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak.
  • Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam.
  • Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai.
  • Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

ALAT DAN BAHAN

Canting- Mecanting batik
Kain putih - Melukis batik
Berus- Menyapu warna
Lilin- Bahan untuk mecanting batik.
Damar- Bahan untuk mecanting batik.
Sodium silikat-mematikan warna
Kuali- Merebus kain
Dye batik-mewarna batik


MOTIF BATIK

  • Motif geometri
  • Motif flora
  • Motif fauna
  • Motif isen

BAHAGIAN BATIK




CONTOH-CONTOH GAMBAR BATIK






video mewarna batik


TEKAT



PENGENALAN

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
FUNGSI TEKAT

Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.


PERANAN INSTITUSI ISTANA

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.


TOKOH TEKAT

1. Ahdijah bt. Hasim

Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.



2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof

Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat.


JENIS-JENIS TEKAT

1. Tekat Timbul Bunga Emas

Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

2. Tekat Gubah

Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.
PROSES MENEKAT
* Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.


* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.

* Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.
* Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

* Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau labuci.


CONTOH-CONTOH GAMBAR TEKAT







VIDEO TEKAT


TENUNAN

PENGENALAN

Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif.

SEJARAH SONGKET
  1. Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.
  2. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan.
  3. Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
  4. Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau kedudukan seseorang.
  5. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.
  6. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
  7. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.
  8. Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya sera cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

MOTIF
  1. Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain.
  2. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.
    Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.
  1. Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan.
  2. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometric.
  3. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak.
  4. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain.
  5. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).
TENUNAN BUNGA PENUH
corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak ditenun memenuhi keseluruhan kain.


SUSUNAN BUNGA TABUR

corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak dan lain-lain. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki kain.





SUSUNAN BERCORAK
susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang.




PROSES MENENUN SONGKET

ALAT DAN BAHAN
Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang emas dan sumbi.
TEKNIK DAN PROSESSetelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan ialah melerai, menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan menenun.

1. Melerai

Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.

2. Menganing

Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.

3. Menggulung

Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan susunan kemas.

4. Menyampuk

Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.

5. Menghubung

Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.

6. Mengarak

Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.

7. Menyolek

Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.

8. Menenun

Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.


VIDEO TENUNAN




UKIRAN KAYU

PENGENALAN

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Ianya dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat melayu terutamanya pada ukiran-ukuran yang terdapat pada rumah-rumah tradisional. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

SEJARAH PERKEMBANGAN

Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana Hawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).

Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.
BENTUK-BENTUK UKIRAN

a. Ukiran Tebuk TembusUkiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.
b. Ukiran Bunga TimbulUkiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

c. Ukiran ArcaUkiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.d. LarikMelarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.d. Ukiran Kayu HanyutUkiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

 
TOKOH-TOKOH UKIRAN

1.Encik Latiff bin Long

Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.
2. Tuan Haji Wan Su bin Othman

Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.









VIDEO UKIRAN KAYU

ANYAMAN

PENGENALANSeni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756 hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman daripada bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu).

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.

Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang. Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian yang dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu perlakuan yang telah lama berlaku.

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan sebagainya lagi.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan bersama.

Zaman dahulu menganyam tikar, Sunyi menyepi desa terpinggir, Seni anyaman haruslah diajar, Jangan tinggal sebutan dibibir. Buluh muda mudah dilentur, Buat ampaian penyidai jala, Semangat juang belum luntur, Seni anyaman jangan dilupa.

DEFINISI ANYAMAN

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya mudah dikeringkan dan lembut.


ALAT DAN BAHAN

1.ROTAN
Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur. Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan mudah dibentuk. Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagai-bagai bentuk bakul atau alat-alat menangkap ikan

2.POHON MENGKUANG
Mengkuang tumbuh subur di kawasan berair tawar. Biasanya ia subur di lopak-lopak belukar atau kawasan bakau dan kawasan sawah padi yang lembab. Pohon mengkuang lebih tinggi daripada pohon pandan, tetapi mengkuang mempunyai dahan bercabang yang sedikit jika dibandingkan dengan pohon pandan. Daun mengkuang lebih kasar dan hasil anyamannya kelihatan lebih kasar dan keras.


3.BULUH

Antara buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh bentung, buluh minyak dan buluh gading. Buluh yang cukup tua dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Mengikut cara tradisional buluh akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur asam selama satu minggu. Tetapi kini cara yang paling mudah, buluh direbus bersama soda bagi mengeluarkan kandungan gulanya. Namun begitu buluh yang direndam tetap dianggap lebih cantik dan menarik.


TOKOH ANYAMAN

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.


LAIN-LAIN TOKOH

  •  Cik siah Jumaat dari Terengganu (mencipta kelarai sambas).
  • Hjh Asiah Bt Salleh (mencipta motif tapak harimau)
  • Hjh Semek (mencipta kelarai mak meh)
  • Esah bt Said (mencipta kelarai sisik kelah)
  • Dayang Aisah (mencipta kelarai bunga)


CONTOH-CONTOH GAMBAR ANYAMAN










VIDEO ANYAMAN KETUPAT

TEMBIKAR


PENGENALAN

Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.


a)Alatan memasak

Manusia Zaman Batu Pertengahan iaitu Mesolitik atau dikenali sebagai Zaman Hoabinh wujud pada sekitar 11 000 tahun dahulu. Masyarakat zaman ini mula mencipta alat tembikar daripada tanah liat.
Masyarakat Zaman Mesolitik ini tinggal di gua batu kapur seperti Gua Niah di Sarawak, Gua Kepah di Kedah dan Gua Kecil di Pahang. Masyarakat ini juga tinggal di kawasan tepi laut seperti Jenderam Hilir di Selangor. Masyarakat pada zaman ini menukar barangan tembikar sebagai salah satu kegiatan harian mereka. 

Pada Zaman Neolitik yang wujud kira-kira 5 000 tahun dahulu, orang Neolitik mengalami cara hidup yang lebih teratur. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan Gua Menteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis. Pada zaman ini terciptanya alat-alat tembikar seperti periuk, belanga dan bekas air yang dihiasai ukiran.
Masyarakat Neolitik menggunakan alat-alat daripada tembikar di dalam kehidupan seharian mereka. Penyelidikan ilmiah telah dibuat oleh ahli kaji purba di beberapa tempat di Pahang Darul Makmur seperti Kota Tongkat di Jerantut, Gua Kecil di Raub, Sungai Selinsing, Sungai Tembeling dan beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang.
Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan mendiami negeri Pahang Darul Makmur dan tinggal di gua batu dan gunung-ganang. Manusia zaman batu adalah kumpulan yang mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia.
Manusia Melayu Proto mendiami Semenanjung Malaysia dan pulau Nusantara dalam lingkungan 3 000 atau 2 000 tahun sebelum Masehi. Serpihan tembikar yang dipercayai oleh ahli sejarah digunakan sebagai alatan memasak masyarakat pada zaman itu telah ditemui di kawasan ini.

b) Ritual atau Keagamaan

Seramik terawal yang dijumpai dan digali di bahagian barat mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk bundar. Kesemua barangan tembikar ini kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan api sederhana.

Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian Neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian. Adalah menjadi tradisi lama komuniti Melanau sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia, simati akan diberikan pakaian dan dibaringkan di ruangan rumah. Satu pinggan biru dan putih diletak di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah kedua-dua tangan dan kakinya. Berhampiran dengan si mati diletakkan objek-objek tembaga dan seutas manik purba diikat pada pergelangan tangan mayat.
Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar daripada rumah itu dan disimpan di ruang khas untuk jangkamasa yang minimum dalam tahun yang sama. Kemudian tulang-tulangnya dikumpulkan ke dalam sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mangkuk dan manik dikebumikan bersama-sama dengan tempayan tersebut. Kesemua artifak hasil penggalian merupakan sumber pembelajaran yang amat berguna di Muzium Sarawak. Artifak-artifak tersebut diklasifikasikan kepada 9 kelas utama berdasarkan warna sepuh/glasir dan teksturnya.

c) Candi
Candi Bukit Batu Pahat yang terletak di sungai Merbok Kecil di Sungai Petani, Kedah. Usaha cari gali iini dilakukan oleh Dr. Lamb, beliau menemui enam buah cepu batu granit. Dalam tiap-tiap cepu terdapat 9 lubang untuk mengisi benda-benda kecil.Dr. Lamb berpendapat pemujaan di situ adalah jenis pemujaan tempatan. Walaupun tidak boleh ditentukan sama ada cembul tembaga yang terdapat dilubang tengah sebuah cepu dari candi itu sebenarnya mengandungi sisa-sisa manusia, kesan-kesan organik telah dijumpai melekat pada permukan bawah cembul. Ada kemungkinan cepu itu adalah bekas untuk menyimpan cepu-cepu batu granit yang ada di sana itu ada kaitannya dengan adat istiadat pemakaman tempatan. Dari segi seni bina, granit yang berlubang di tengah-tengahnya adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu.
Di Candi Bukit Batu Pahat tidak kurang daripada 66 tapak tiang kayu dijumpai. Walaupun sekarang tidak dapat lihat tiang kayu serta bumbungnya tetapi susunan tapak-tapak tiang yang terdapat memberi gambaran tentang bentuk bumbungnya. Data-data yang kita perolehi inilah tidak boleh dibawa pulang ke muzium.

d) Perhiasan diri
anting-anting
Pada Zaman Batu Baru (Neolitik) yang wujud 5 000 tahun dahulu, mereka mula membuat alat perhiasan diri seperti gelang tangan. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan Gua Menteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis.

Kegunaan Sekarang


a) Aksesori fesyen dan hiasan

Pemakaian gelang tangan dan rantai manik yang diperbuat dari tanah liat. Aksesori manik tembikar ini memberikan suatu impak menarik kepada si pemakai. Rantai kunci dan tanglung yang diperbuat dari tembikar juga menjadi pilihan menarik masa kini.

b) Ikon hiasan dalaman

Penggunaan tembikar sebagai salah satu ikon hiasan dalaman yang semakin digemari. Hiasan tembikar yang diubahsuai ini menghiasi sudut rumah, dinding pejabat dan dijadikan sebagai lampu selia dan lampu tidur.





JENIS-JENIS TEMBIKAR


( a ) Geluk
§ Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai bekas air.
§ Geluk mempunyai hias dari motif yang kecil dan ringkas.
( b ) Buyung
 dibentuk tanpa bahagian kaki.
 Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong, Perak.
 Umunya Buyung mempunyai bahagian leher dan badan.
 Permukaannya dibiarkan licin tanpa  dihias.
 Saiznya besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh
 
 
( c ) Jambangan
§ berfungsi sebagai tempat meletak bunga.
§ Saiznya boleh mencapai sehingga 0.6m – 0.9m ( tinggi ).
§ Bahagian badannya seperti labu yang ditinggikan seperti labu.
( d ) Labu
§ diilhamkan daripada buah labu.
§ Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid.
§ Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air.
§ Corak hiasan labu berkonsepkan alam sekitar dan berbentuk geometri.
( e )  Bekas Perasapan  / Bekas Bara
§ digunakan untuk membakar kemenyan terutamanya dalam kepercayaan magis.
§Digunakan dalam upacara pengubatan dan kematian masyarakat tertentu.



JENIS-JENIS MOTIF



( a )  Motif Ragam Hias
§ berunsurkan geometri terdiri daripada garisantitikbentuk yang berunsur garis.
( b ) Motif Geometri
§ Garisan berselang-seli
§ Siku keluang
§ Titik tahi lalat
§ Bentuk potong wajik
§Garisan berkotak
§ Garisan tulang ikan
§ Pucuk rebung dll.




( c )  Motif Gayaan Organik
§ sulur kakung
§Bunga cengkih
§ bunga pecah lapan
§Bunga lawang
.Tampuk manggis

VIDEO CARA MEMBUAT LABU SAYONG