Sunday 4 March 2012

MOZEK

SEJARAH MOZEK
  • Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.
  • Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek.
  • Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.
  • Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan  bangunan dan aktiviti seni di sekolah.

DEFINISI MOZEK

  • Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.
  • Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan dan kilauan.
  • Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.
  • Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara Âdirect methode, Âindirect methode dan Âdouble direct methode.
  • Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media.
  • Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja.
  • Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
  • Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.

CONTOH-CONTOH KARYA MOZEK





No comments:

Post a Comment