Sunday 4 March 2012

GURISAN

DEFINISI

  • Teknik yang menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut pada sesuatu permukaan.
  • Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas.
  • Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau lidi boleh digunakan untuk mengguris pada krayon yang tebal bagi menghasilkan gambar.
  • Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi belbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
ALAT DAN BAHAN

Alat : Pembaris, pensil , pen , gunting dan lidi (alat untuk mengguris).
Bahan : Krayon dan oil pasttel.

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN GURISAN


1.Warnakan kertas lukisan dengan warna krayon. Anda boleh mewarnakannya secara spontan. Tidak semestinya krayon itu diwarnakan berbaris seperti gambar diatas. Apa yang penting adalah kertas lukisan itu dipenuhi dengan pelbagai warna krayon


2. Apabila kertas lukisan sudah dipenuhi dengan pelbagai warna, anda perlu mewarnakan kertas tersebut dengan warna hitam hingga kertas tersebut menjadi hitam.
3. Akhir sekali anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan objek tajam seperti batang lidi, hujung pembaris dan apa sahaja yang difikirkan sesuai.


CONTOH-CONTOH KARYA GURISAN






No comments:

Post a Comment