- Kolaj berasal dari perkataan perancis yang iaitu 'coller' yang bermaksud menampal dan gam. Akitiviti kolaj ialah aktiviti menampal kertas atau kain perca di atas permukaan 2 dimensi.
 - Aktiviti kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah kegiatan menampal kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu permukaan.
 - Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun secara bertindan tindih dan mengikut corak yang ingin dihasilkan.
 
ALAT DAN BAHAN
ALAT : Pembaris, pensil, gunting, pisau.
BAHAN : Kertas, perca kain, tali, kadbod, gam dan sebagainya.
TEKNIK-TEKNIK KOLAJ
- Koyakan atau potongan kertas- Kertas dikoyak, disusun dan ditampal.
 - Asemblaj - bahan sedia ada disusun menjadi kolaj timbulan.
 - Jahitan - Kolaj dibuat secara sulaman atau dengan bahan lain secara sulaman.
 - Papier Colle-Kolaj timbulan yang ditampal lapis demi lapis.
 - Kolaj Fabrik- Ditampal menggunakan jenis-jenis fabrik.
 - Fotomontaj- Daripada foto yang diperolehi dan ditampal.
 - Media campuran- pelbagai jenis bahan yang disusun dan ditampal.
 
TOKOH DAN KARYA
Tokoh : Pablo picasso
Tajuk : Bottle, glass, violin
Teknik : kolaj
Media : Kertas warna, kertas akhbar, arang dan pensil
Tokoh : Goerges Braque
Tajuk : Musical Farm
Teknik : Kolaj
Media : Kertas warna, arang dan pensil
CONTOH-CONTOH KARYA KOLAJ




No comments:
Post a Comment