Wednesday, 14 March 2012

DIORAMA

DEFINISI
  • Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
  • Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.


ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA


  • Tapak atau dinding -Kotak, papan, kadbod, atau bekas.
  • Objek yang disusun - Kertas, plastik, kadbod.
  • Pemotong- Gunting, pisau.
  • Pelekat- Selotape, gam, tali.




CONTOH-CONTOH GAMBAR DIORAMA














Video membuat diorama air terjun

No comments:

Post a Comment