PSV KBSR

Saturday, 28 January 2012

BIDANG MENGGAMBAR

DEFINISI MENGGAMBAR


•Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
•Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
•Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
•Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
•Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
•Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

ALAT , MEDIA DAN TEKNIK


Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

TUJUAN MENGGAMBAR
• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.


(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman
• Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
• Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
• Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi
(b) Aras Aplikasi dan Analisa

• Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan
• Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
• Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif
(c) Aras Sintesis dan Penilaian

• Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
• Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
• Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan
• Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif

KEGIATAN DALAM BIDANG MENGGAMBAR

No comments:

Post a Comment