Saturday, 14 April 2012

LIPATAN DAN GUNTINGAN

PENGENALAN

  • Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas  dan menggunting mengikut corak yang dikendaki.
  • Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat bagi mendapatkan corak atau imej yang berulang.


Bahan-bahan yang diperlukan

1. gunting
2. gam
3. pensil tulis
4. kertas lukisan
5. kertas 'sugar paper' (boleh juga digunakan kertas kolaj atau kertas warna yang lain)


Contoh-contoh gambar teknik lipatan dan guntingan 





contoh video melipat dan menggunting kertas








http://prasekolahskmataayer.blogspot.com/2010/06/mereka-corak.html
http://cokelatdanaiskrim.blogspot.com/2011/07/alas-pinggan.html

LIPATAN DAN GUNTINGAN

PENGENALAN

  • Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas  dan menggunting mengikut corak yang dikendaki.
  • Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat bagi mendapatkan corak atau imej yang berulang.

Bahan-bahan yang diperlukan
1. gunting
2. gam
3. pensil tulis
4. kertas lukisan
5. kertas 'sugar paper' (boleh juga digunakan kertas kolaj atau kertas warna yang lain)


Contoh-contoh gambar teknik lipatan dan guntingan 





contoh video melipat dan menggunting kertas








http://prasekolahskmataayer.blogspot.com/2010/06/mereka-corak.html
http://cokelatdanaiskrim.blogspot.com/2011/07/alas-pinggan.html

CAPAN

PENGENALAN
Penggunaan alam semula jadi untuk membentuk imej dihasilkan melalui teknik capan. Teknik mengecap sesuatu permukaan menggunakan bahan semula jadi adalah mudah kerana ia tidak memerlukan blok cetakan.


DEFINISI
Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.
Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.
Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.




ALAT BAHAN MENGHASILKAN CAPAN



  • Warna air
  • Warna Poster
  • Cap jari
  • Kentang
  • Bawang
  • Bendi
  • Pelepah pisang
  • Batang betik
  • Daun

CONTOH-CONTOH GAMBAR CORAK CAPAN





VIDEO BAHAN MENGHASILKAN CAPAN

CETAKAN

  • PENGENALAN

  • Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan.
  • Setiap kepingan karya bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara tekniknya dikenali sebagai teraan. Ini berbeza dengan lukisan yang mencipta satu karya seni asli yang unik. Teraan dihasilkan dari satu permukaan asli tunggal, secara tekniknya disebut sebagai matrik.
  • Matriks yang umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga atau zink untuk turisan atau goresan batu untuk litografi blok kayu untuk toreh kayu, linoleum untuk torehan lino dan plat fabrik untuk percetakan.
  • Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan diterangkan di bawah. Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu edisi, dan di zaman mdoden ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk membentuk suatu edisi terhad. Teraan juga boleh diterbitkan dalam bentuk buku, sebagai buku artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau beberapa teknik.

Cetakan dalam mencorak dan membuat rekaan
  • Lazimnya dalam mebuat karya cetakan dalam mencorak bahan yang digunakan ialah papan lino atau alam semual jadi yang ditebuk dan diukir seperti kentang
  • Bahan diukir dengan corak yang diingini dan dicetak di atas permukaan yang rata.

CONTOH-CONTOH GAMBAR CORAK CETAKAN





Menebuk ubi kentang untuk membuat cetakan







CATAN

PENGENALAN






-Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di atas permukaan.
- Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat akrilik, cat gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus

-Di dalam bidang mencorak dan membuat rekaan catan digunakan bagi menghasilkan corak yang terdiri daripada penggunaan warna air.



 MEDIA MENGHASILKAN CATAN


BAHAN
CIRI-CIRI
Cat air
-          Bersifat lutisnar, lembut, boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiup. Cat cair akan tebal jika disapu berlapis-lapis di atas permukaan kertas.
-          Bahantara ialah air
-          Pengilat Gam arab
Cat minyak
-          Teknik yang serbaguna, lambat kering. Boleh bersifat nipis , tebal dan legap. Sesuai digunakan dia atas permukaan kanvas.
-          Bahantara ialah turpentine.
-          Pengilat minyak linsid
Cat tempera
-          Agak lutsinar tetapi tidak seperti cat air. Satu teknik yang tertua. Sesuai di atas permukaan kertas dan kanvas.
-          Bahntara ialah telur kuning.
-          Pengilat ialah air.
Cat Gouce
-          Sama seperti cat air, tetapi bersifat legap. Sesuai atas permukaan kertas.
-          Bahantara air dan pengilat gam arab.
Akrilik
-          Boleh menggunakan pelbagai teknik. Bersifat seperti cat air dan cat minyak boleh dibuat tebal, nipis dan legap.
-          Cepat kering. Sesuai atas permukaan kertas dan kanvas.
-          Bahantara ialah air.
Fresko
-          Bancuhan pewarna dan air disapukan ke dinding ketika kapur plaster masih lembab.
-          Bahantara kapur. Pengilat air atau air kapur.



CONTOH-CONTOH GAMBAR CORAK YANG DIHASILKAN MELALUI TEKNIK CATAN









Friday, 13 April 2012

LUKISAN

PENGENALAN


  • Lukisan dalam bahasa inggeris di sebut drawing ia adalah peringkat awal untuk menghasilkan catan.Melukis    dikatakan memberi kesan keindividuan dan memberi kesan keaslian pada karya. Lukisan juga dijadikan medium untuk meluahkan pendapat dan perasaan.
  • Lukisan adalah aktiviti melakar dan melukis menggunakan media kering.
  • Mencorak menggunakan teknik lukisan dalam aktiviti mencorak dan membuat rekaan adalah melukis corak menggunakan media kering.
DEFINISI LUKISAN
·    Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta menggunakan campuran warna yang terhad. Dalam mencorak







MEDIA LUKISAN  DAN CIRI-CIRINYA

PENSEL
-Mempunyai kepekatan yang berbeza kandungan kuantitit campuran arang yang dicampur ke dalamnya.
-Semakin tinggi nilai nombor semakin gelap kepekatan dakwat pensil.
-Pensil yang keras ditandakan dengan nilai ‘H’ dan pensel yang lembut ditandakan dengan nilai ‘ B’.
PENSEL WARNA
-Mempunyai pelbagai warna pilihan.
-Boleh digosok untuk mencampurkan warna.
-Jika pensil warna ditekan semasa mewarna , warna yang terang dan legap akan terhasil
PEN
-Terdapat beberapa jenis pen seperti pen celup (mapping pen), pen manuskrip, pen mata bola dan pen teknikal.
-Memberi kesan tajam dan kemas.
-Ketebalan saiz mata menentukan ketebalan saiz garisan semasa melukis.
CHArCOAL
-Bahan yang lazim digunakan oleh pelukis-pelukis agung semasa abad ke-18.
-Memberi kesan hitam dan legap.
-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor.
-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.
SOFT PASTEL
-Mempunyai pelbagai warna.
-Kesan yang lebut jika ia digunakan sedikit dan member kesan yang terang jika banyak digunakan.
-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor.
-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.

OIL PASTEL
-Mempunyai pelbagai warna.
-Kesan yang tebal.
- Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar
Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.









CONTOH GAMBAR CORAK YANG DIHASILKAN  OLEH TEKNIK LUKISAN









cara melukis corak batik



MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

PENGENALAN


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai  cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.




APA ITU CORAK ?
Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebeas.




MOTIF CORAK


  • Alam semulajadi-bunga, siput
  • Bahan buatan manusia
  • Geometri
  • Abjad
  • Rupa barangan kraf Malaysia

SUSUNAN CORAK

  • Penuh
  • Turun separa
  • Berulang
  • Orgee
  • Batu bata
  • Berpusat
  • Sendeng
  • Berombak
  • Bertindih
  • Jidar
  • Bertimbul
  • Berlajur
  • Cerminan






kaligrafi


AKTIVITI CORAK TERANCANG

AKTIVITI CORAK TIDAK TERANCANG

ikat dan celup


pualaman


Tiupan



mencorak menggunakan teknik resis