Saturday, 14 April 2012

RENJISAN DAN PERCIKAN

DEFINISI


  • Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan.
  •  Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.
  • Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
  • Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
ALAT DAN BAHAN

  • Warna air 
  • Warna poster
  • Berus warna

CONTOH-CONTOH GAMBAR RENJISAN





percikan warna dari berus 

IKATAN DAN CELUPAN

PENGENALAN



  • Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.
  • Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.
  • Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia.
  • Garam digunakan sebagai bahan penyerapan.
  • Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan organza.





DEFINISI


  •  Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan yang menghasilkan corak yang menarik.

ALAT DAN BAHAN IKATAN DAN CELUPAN
  • Kain
  • Tisu
  • Dye
  • Tali
  • Manik, batu atau bahan lain yang boleh menimbulkan lebih kesan jalinan.

CONTOH-CONTOH GAMBAR IKATAN DAN CELUPAN








TIUPAN

DEFINISI


  • Tiupan straw adalah salah satu teknik dalam bidang mencorak dan membuat rekaan
  • Dengan munggunakan straw warna air yang terdapat pada permukaan kertas ditiup sehingga mendapat kesan yang diingini.
ALAT DAN BAHAN

  • Warna air
  • Warna poster
  • Straw
  • Kertas
contoh gambar alat dan bahan untuk membuat teknik tiupan straw


CONTOH-CONTOH GAMBAR TEKNIK TIUPAN STRAW













PUALAMAN

DEFINISI


Menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.


CIRI-CIRI PUALAMAN


  • Cat minyak menghasilkan kesan berkilat pada kertas.
  • Cat yang dikacau di dalam air menghasilkan jalinan yang menarik.
  • Setelah kering kertas boleh dipotong untuk membuat rekaan seperti beg kertas, penanda buku, kad ucapan dan sebagainya.
ALAT DAN BAHAN MEMBUAT PUALAMAN

  • Cat minyak
  • Air
  • Kertas
  • Tray atau bekas
CONTOH-CONTOH GAMBAR PUALAMAN






pualaman di atas kanvas





KALIGRAFI

PENGENALAN


  • Kaligrafi, dari bahasa Yunani; καλλι "keindahan" + γραφος "menulis" ) Bahasa Jepang Nihongo 日本語) adalah seni menulis dengan indah dengan pen sebagai hiasan. Tulisan dalam bentuk kaligrafi biasanya tidak untuk dibaca dengan konsentrasi tinggi dalam waktu lama, karena sifatnya yang unik untuk dibaca. 
  • Meskipun kaligrafi dalam tulisan arab lebih dikenal, tetapi banyak pula penerapan aplikasi ke dalam tulisan latin.
  • Di dalam seni rupa Islam, tulisan arab seringkali dibuat kaligrafi. Biasanya isinya disadur ayat-ayat Al-Quran. Bentuknya bermacam-macam, tidak selalu pena diatas kertas, tetapi seringkali juga ditatahkan di atas logam atau kulit. Salah satu bentuk penerapan kaligrafi Islam sebagai seni hias adalah di Istana Al Hamra, Spanyol.

KALIGRAFI DI DALAM BIDANG MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN
  • Di dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan.
  • Motif yang digunakan ialah motif huruf yang lazimnya terdiri dari ayat jawi dan Al-quran.
  • Motif yang dilukiskan kemudian diwarnakan.



CONTOH-CONTOH GAMBAR KALIGRAFI






video melukis kaligrafi




KOLAJ

DEFINISI

  • Kolaj berasal dari perkataan perancis yang iaitu 'coller' yang bermaksud menampal dan gam. Akitiviti kolaj ialah aktiviti menampal kertas atau kain perca di atas permukaan 2 dimensi.
  • Aktiviti kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah kegiatan menampal kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu permukaan.
  • Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun secara bertindan tindih dan mengikut corak yang ingin dihasilkan.

ALAT DAN BAHAN

ALAT : Pembaris, pensil, gunting, pisau.
BAHAN : Kertas, perca kain, tali, kadbod, gam dan sebagainya.



contoh corak daripada teknik kolaj


cara membuat kolaj

RESIS

PENGENALAN
  • Aktiviti menyapukan warna basah ke atas pemukaan kertas yang  telah dilukis dengan lilin, krayon atau oil pastel.
  • Lilin digunakan untuk menutup permukaan kertas atau kain bagi tujuan mendapatkan corak warna.
  • Hasil penolakan warna air dan lilin akan menghasilkan corak yang menarik.
  • Resis boleh dihasilkan melalui tindihan lilin dan menyapu warna dari terang ke warna gelap.

DEFINISI

  • Resis ialah teknik menggambar yang menggunakan bahan air dan lilin dua bahan yang berbeza untuk mendapatkan hasil penolakan warna. Resis menyebabkan bahagian yang diliputi lilin tidak menyerap air dan dalam keadaan asal.
  • Di dalam mencorak teknik resis juga digunakan untuk menghasilkan corak yang terancang iaitu corak yang dilakar oleh pengkarya.

ALAT DAN BAHAN 


  • Krayon
  • Oil pastel
  • Lilin
  • Warna air
  • Warna poster


CONTOH-CONTOH GAMBAR RESIS



cara membuat teknik resis