Sunday, 4 March 2012

MOZEK

SEJARAH MOZEK
  • Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.
  • Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek.
  • Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.
  • Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan  bangunan dan aktiviti seni di sekolah.

DEFINISI MOZEK

  • Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.
  • Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan dan kilauan.
  • Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.
  • Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara Âdirect methode, Âindirect methode dan Âdouble direct methode.
  • Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media.
  • Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja.
  • Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
  • Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.

CONTOH-CONTOH KARYA MOZEK





MONTAJ

PENGENALAN

Montaj menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantumkan untuk menjadi satu ilutrasi. Hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti foto-foto yang disusun supaya bercantum, bertindih dan diubahsuai untuk menghasilkan suatu imej.
DEFINISI
  •      Aktiviti menampal dan melekatkan bahan pada permukaan untuk menyampaikan tema dan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan dan alam sekitar.
  •      Komposisi gambar disusun mengikut teknik superimpose dengan menyusun pelbagai susunan gambar secara kreatif.
  •      Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.
  •      Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan.
  •      Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.
ALAT DAN BAHAN UNTUK MEMBUAT MONTAJ



CONTOH-CONTOH GAMBAR MONTAJ








CAPAN

PENGENALAN
Penggunaan alam semula jadi untuk membentuk imej dihasilkan melalui teknik capan. Teknik mengecap sesuatu permukaan menggunakan bahan semula jadi adalah mudah kerana ia tidak memerlukan blok cetakan.


DEFINISI
Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.
Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.
Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.


CONTOH BAHAN SEMULA JADI YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT TEKNIK CAPAN.






CONTOH-CONTOH CAPAN









video membuat capan