- Lukisan dalam bahasa inggeris di sebut drawing ia adalah peringkat awal untuk menghasilkan catan.Melukis dikatakan memberi kesan keindividuan dan memberi kesan keaslian pada karya. Lukisan juga dijadikan medium untuk meluahkan pendapat dan perasaan.
- Lukisan adalah aktiviti melakar dan melukis menggunakan media kering.
- Mencorak menggunakan teknik lukisan dalam aktiviti mencorak dan membuat rekaan adalah melukis corak menggunakan media kering.
DEFINISI LUKISAN
· Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta menggunakan campuran warna yang terhad. Dalam mencorak
MEDIA LUKISAN DAN CIRI-CIRINYA
PENSEL | -Mempunyai kepekatan yang berbeza kandungan kuantitit campuran arang yang dicampur ke dalamnya. -Semakin tinggi nilai nombor semakin gelap kepekatan dakwat pensil. -Pensil yang keras ditandakan dengan nilai ‘H’ dan pensel yang lembut ditandakan dengan nilai ‘ B’. |
PENSEL WARNA | -Mempunyai pelbagai warna pilihan. -Boleh digosok untuk mencampurkan warna. -Jika pensil warna ditekan semasa mewarna , warna yang terang dan legap akan terhasil |
PEN | -Terdapat beberapa jenis pen seperti pen celup (mapping pen), pen manuskrip, pen mata bola dan pen teknikal. -Memberi kesan tajam dan kemas. -Ketebalan saiz mata menentukan ketebalan saiz garisan semasa melukis. |
CHArCOAL | -Bahan yang lazim digunakan oleh pelukis-pelukis agung semasa abad ke-18. -Memberi kesan hitam dan legap. -Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor. -Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan. |
SOFT PASTEL | -Mempunyai pelbagai warna. -Kesan yang lebut jika ia digunakan sedikit dan member kesan yang terang jika banyak digunakan. -Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor. -Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan. |
OIL PASTEL | -Mempunyai pelbagai warna. -Kesan yang tebal. - Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan. |
CONTOH GAMBAR CORAK YANG DIHASILKAN OLEH TEKNIK LUKISAN
cara melukis corak batik
No comments:
Post a Comment