PSV KBSR

Saturday, 14 April 2012

CETAKAN

  • PENGENALAN

  • Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan, biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan.
  • Setiap kepingan karya bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara tekniknya dikenali sebagai teraan. Ini berbeza dengan lukisan yang mencipta satu karya seni asli yang unik. Teraan dihasilkan dari satu permukaan asli tunggal, secara tekniknya disebut sebagai matrik.
  • Matriks yang umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga atau zink untuk turisan atau goresan batu untuk litografi blok kayu untuk toreh kayu, linoleum untuk torehan lino dan plat fabrik untuk percetakan.
  • Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan diterangkan di bawah. Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu edisi, dan di zaman mdoden ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk membentuk suatu edisi terhad. Teraan juga boleh diterbitkan dalam bentuk buku, sebagai buku artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau beberapa teknik.

Cetakan dalam mencorak dan membuat rekaan
  • Lazimnya dalam mebuat karya cetakan dalam mencorak bahan yang digunakan ialah papan lino atau alam semual jadi yang ditebuk dan diukir seperti kentang
  • Bahan diukir dengan corak yang diingini dan dicetak di atas permukaan yang rata.

CONTOH-CONTOH GAMBAR CORAK CETAKAN





Menebuk ubi kentang untuk membuat cetakan







1 comment: