PSV KBSR

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

PENGENALAN
  • Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.
  • Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
  • Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache.


TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.
  • Teknik Picitan
  • Teknik Lipatan
  • Teknik Potongan
  • Teknik Cantuman
  • Teknik Pembungkusan
  • Teknik Guntingan
  • Teknik Luakan


 JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.
  • Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.
  • Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti



ALAT DAN BAHAN
Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.


- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.
- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.
- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Tingkatkan Daya Kreativiti
-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958)
- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.
- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang
berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?
a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.
b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan.
e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk
peningkatan.
f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.
g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya.

Temanya :
(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan, wau kucing dll
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian – peralatan kegunaan harian.

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang
Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?
(a) Pemerhatian dan Kajian Visual – penggunaan bahan dalam menghasilkan karya.
(b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.
(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.

Penerokaan dan ekperimen bahan
1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.
2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya.
3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan sebagainya
4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki
kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga
Dimensi

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.
4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.
5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.
6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya.
11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.
12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut
fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi –
1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik
2. Membuat “tumbnail-print” / lakaran
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik dijadikan kemasan akhir produk.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Mengenali Pelbagai Bentuk Asas
- Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk- keluk, berjurai, lembik dan berbagai lagi. bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu.





BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG


ARCA TIMBUL



PENGENALAN

  • Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga menyampaikan sesuatu mesej.
  • Sesetenga arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat serta menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan.
  • Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan.

DEFINISI ARCA TIMBUL

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI

-Kayu
-Plaster of paris
-Pahat
-Pisau


CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA TIMBUL










video arca timbul


ARCA MOBAIL

PENGENALAN

  • Arca mobail lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana sifatnya yang tergantung dan bergerak.
  • Arca mobail mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dikomersilkan.

DEFINISI ARCA MOBAIL

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.




Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris




ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI UNTUK MENGHASILKAN ARCA MOBAIL

-Plastik
-Dawai
-Bahan besi
-Plastik
-Span



CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA MOBAIL






 

CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA MOBAIL






video arca mobail

ARCA STABAIL

DEFINISI

  • Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
  • Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.
  • Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru,paku atau gam.

ALAT DAN BAHAN

Bahagian tapak - Bahan besi, kayu, papan,  plaster of paris.
Bahagian bergerak -Dawai, plastik dan etc


CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA STABAIL










video arca


ARCA ASEMBLAJ

PENGENALAN

  • Bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan yang unik dan menarik.
  • Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan karya seni ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam sekitar.
  • Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai alam sekitar di dalam diri murid-murid.

DEFINISI ARCA ASEMBLAJ

•Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.

CONTOH-CONTOH ARCA ASEMBLAJ





MODEL
PENGENALAN
Objek sebenar ialah pengalaman tampak bagi murid-murid. Murid-murid lebih memahami sesuatu yang dilihat daripada sesuatu yang didengar. Sukar bagi guru memasukkan objek sebenar yang bersaiz besar seperti kereta untuk ditunjjukkan semasa sesi pengajaran. Oleh itu aktiviti membuat model dapat menggalakkan pemahaman murid-murid sambil memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan kreativiti.


DEFINISI MODEL

  • Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu  mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan.
  • Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan dan sebagainya.

ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN MODEL

  • Pelekat - Gam, dawai, skru, selotape.
  • Pemotong -Gunting, pisau.
  • Bahan binaan - Kadbod, kotak, bahan kutipan dan sebagainya.

CONTOH-CONTOH GAMBAR MODEL







VIDEO MEMBUAT MODEL



DIORAMA

DEFINISI
  • Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
  • Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA

  • Tapak atau dinding -Kotak, papan, kadbod, atau bekas.
  • Objek yang disusun - Kertas, plastik, kadbod.
  • Pemotong- Gunting, pisau.
  • Pelekat- Selotape, gam, tali.


CONTOH-CONTOH GAMBAR DIORAMA









Video membuat diorama air terjun


BONEKA





PENGENALAN

  • Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman YunaniRomawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang.
  • Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun kadang-kadang digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkungsihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau situs-situs sejarah maupun prasejarah.

DEFINISI BONEKA

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yangdigerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapatdijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-adamenerusidialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.


JENIS-JENIS BONEKA


BONEKA  SARUNG TANGAN

Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
BONEKA LIDI
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal,diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga bolehdibuat daripada kulit,plastik,lutsinar dan kertas tebal.
BONEKA WAYANG KULIT
Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lididigoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.
BONEKA TONGKAT
Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut.Boneka ini menggunakan konsep wayang.
BONEKA BERTALI
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yangboleh bergerak.Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angota angota badan itu bergerak.
CONTOH GAMBAR-GAMBAR BONEKA

BONEKA LIDI

BONEKA JARI

BONEKA SARUNG TANGAN

BONEKA WAYANG KULIT



video boneka



TOPENG

DEFINISI TOPENG
Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka. Topeng digunakan untuk membuat persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak pemakainya.


KEGUNAAN TOPENG
  • Digunakan dalam upacara keagamaan.
  • Digunakan di dalam teater persembahan.
  • Digunakan untuk menyembunyikan identiti.
  • Digunakan bagi tujuan majlis-majlis tertentu.

JENIS-JENIS TOPENG

Topeng mata- Topeng yang menutup seluruh bahagian mata.
Topeng muka- topeng yang menutup seluruh permukaan muka.
Topeng serkup- Topeng yang menutup seluruh permukaan kepala.


CONTOH-CONTOH GAMBAR TOPENG


                                                               (TOPENG MATA)






                                                             (TOPENG MUKA)


(TOPENG SERKUP)



video topeng


ORIGAMI

PENGENALAN
  • Origami ialah seni lipatan kertas yang mula diperkenalkan di Jepun.
  • Seni origami tidak memerlukan gam untuk melekat bahagian-bahagian kertas hingga menjadi bentuk yang diingini kerana kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk membuat bentuk yang diingini.


DEFINISI
  • berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan.
  • ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas.

ALAT DAN BAHAN

  • Kertas
  • Gunting
  • Pisau

CONTOH-CONTOH GAMBAR ORIGAMI






video origami